|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PERBAHASAN GURU-GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ( KATEGORI BAHASA MELAYU ) |
![]() Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu ( Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu. Bermula daripada saat itulah sambutan Hari Guru diadakan setiap tahun sebagai satu usaha kerajaan untuk mengiktiraf dan mengenang jasa-jasa baik para guru. Pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya untuk menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia. Selain itu sambutan ini juga bertujuan untuk memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru serta meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat selain memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui aktiviti-aktiviti yang berkualiti yang diadakan pada Hari Guru. Para guru pada hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan responsif terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemangkin ke arah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Sebagai pemangkin, guru menggunakan teknologi info-komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia semata-mata tetapi juga untuk meraih kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut. Tahniah diucapkan kepada para guru! Akhir sekali, ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa profesion perguruan ini adalah suatu yang bernilai tinggi. Marilah sama-sama kita tingkatkan martabat ini di mata masyarakat demi merealisasikan sebuah negara yang mempunyai bangsa yang terkenal dengan kekayaan ilmuannya di mata dunia. Terima kasih, Cikgu. HAJI ALI BIN ISMAIL
|