Utama
Kata Aluan PPD
Aturcara
Jadual Perbahasan
Keputusan
Peraturan Perbahasan
Jawatankusa Induk
Jawatankuasa Kecil
Peserta
Gambar
 

PERATURAN PERTANDINGAN
PERBAHASAN GURU-GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
( KATEGORI BAHASA MELAYU )

1.Nama

Pertandingan ini dinamakan Perbahasan Guru-Guru Kementerian Pendidikan Malaysia ( Bahasa Melayu )

2.Format

2.1Satu Pasukan bahas yang mewakili negeri adalah dianggotai oleh 3 orang pembahas utama dan 2 pembahas simpanan

2.2Pasukan pencadang yang dikenali sebagai pasukan kerajaan akan bertandingan dengan pasukan pembangkang.

2.3Peruntukan masa dan giliran bercakap bagi kedua-dua pasukan ialah seperti berikut :


 
Kerajaan
Pembangkang
Masa
1
Pertama
2
Pertama
8 minit
3
Kedua
4
Kedua
8 minit
5
Ketiga
6
Ketiga
8 minit
8
Ucapan msnggulung Pertama/Kedua
7
Ucapan Menggulung Pertama/Kedua

4 minit

2.4Pembahas ketiga dari ke dua-dua pasukan tidak mengutarakan hujah-hujah yang baru.Tugas mereka adalah untuk membidas pasukan lawan.

2.5Semasa satu pihak berucap, ahli pasukan boleh membuat “Izin Panduan”.Pembahas ini boleh menerima atau menolak izin panduan daripada pihak lawan.

2.6Selepas kesemua pembahas-pembahas berucap, pembahas pertama atau pembahas kedua dari kedua-dua pasukan akan memberi ucapan penggulungan dimulai dengan pasukan pembangkan dan diikuti oleh pasukan kerajaan.

3.Kelayakan

3.1Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Malaysia.

3.2Setiap negeri diwajibkan menghantar satu pasukan untuk pertandingan tersebut.

3.3Sebuah negeri hanya boleh diwakili oleh pegawai-pegawai pendidikan yang sedang berkhidmat di negeri tersebut.

3.4Sebuah pasukan mesti diwakili oleh sekurang-kurangnya seorang pembahas bumuputera dan seorang pembahas bukan bumiputera yang menjadi pembahas utama.

4.Penghakiman

4.1Semua pertandingan akan diadili oleh panel hakim yang terdiri daripada 3 atau 5 orang ahli.

4.2Para hakim akan diberi taklimat sekurang-kurangnya 60 minit sebelum perbahasan bermula.

4.3Kemenangan diberi kepada pasukan bahas yang mendapat majority daripada panel hakim.Kemenangan tidak diperoleh dengan cara pengiraan jumlah markah.

4.4Selepas selesai perbahasan, para hakim akan menyerahkan borang keputusan hakim kepada Ketua Hakim.Para hakim tidak dibenarkan berbincang untuk memilih pasukan yang menang.

4.5Para hakim walau bagaimanapun dikehendaki berbincang untuk memilih pembahas terbaik.Para hakim boleh merujuk kepada kertas catatan hakim untuk membuat pemilihan. Dalam menentukan pembahas terbaik, ucapan penggulungan tidak diambil kira.

4.6Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang.Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis untuk mengukuhkan hujah dilarang sama sekali.

5.Tatacara

5.1Pengendalian Perbahasan Ala Parlimen

5.1.1Tajuk perbahasan akan diberikan oleh Urusetia Pusat kepada pasukan yang bertanding di peringkat zon dan kebangsaan 2 minggu sebelum bermulanya pertandingan.Tajuk perbahasan bagi pertandingan peringkat daerah dan negeri akan diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

5.1.2Cabutan undi akan dijalankan di bilik Urusetia untuk menentukan pihak kerajaan dan pembangkang 1 jam sebelum pertandingan.

5.1.3Setelah mengetahui kedudukan mereka, pasukan-pasukan yang terlibat akan dikuarantinkan di bilik persediaan masing-masing sehinggalah perbahasan dimulakan.

5.1.4Cuma pembahas di dalam pasukan itu ( 3 pendebat utama dan 2 orang pendebat simpanan ) dibenarkan berada di dalam bilik persediaan.Pihak lain seperti penasihat / penyokong adalah dilarang berada di bilik persediaan semasa pasukan dikuarantinkan.

5.1.5Pasukan hanya boleh menggunakan bahan bercetak sahaja sebagai bahan rujukan semasa kuarantin persediaan. Alat-alat elektronik tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik persediaan.

5.1.6Pasukan bahas dikehendaki berada di tempat perdebatan 5 minit sebelum perbahasan bermula supaya pertandingan dapat berjalan dengan lancar.

5.2Peranan Yang Arif Tuan Speaker / Yang DiPertua Dewan

5.2.1Pertandingan ini akan dipengerusikan oleh Yang Arif Tuan Speaker dan dibantu oleh dua orang ( penjaga masa dan pemegan kad masa).Beliau mempastikan bahawa pertandingan bahas berjalan dengan lancar tanpar sebarang gangguan daripada pihak yang bertanding atau pun diripada penonton.

5.2.2Tuan Speaker akan membacakan ringkasan peraturan perbahasan dan memperkenalkan penjaga masa, panel hakim dan pembahas-pembahas.

5.2.3Tuan Speaker tidak dibenarkan membuat komen tentang tajuk perbahasan atau pun pembahas-pembahas yang bertanding.

5.2.4Tuan Speaker akan mempastikan hakim telah bersedia sebelum memjemput pembahas berucap.

5.3Peranan Penjaga Masa

5.3.1Penjaga masa hendaklah mempastikan bahawa 8 minit diperuntukan bagi ucapan setiap pembahas dan 4 minit untuk ucapan menggulung.Masa akan diambil kira dari permulaan pembahas berucap.

5.3.2Penjaga masa akan membunyikan loceng sekali pada akhir minit pertama dan akhir minit ketujuh untuk menentukan bahawa ruang terbuka kepada pasukan lawan membuat “Izin Panduan”.Loceng akan dibunyikan dua kali pada minit kelapan sebagai tanda bahawa masa untuk pembahas berucap telah tamat.( Kad masa juga boleh digunakan oleh penjaga masa bagi menunjukkan baki masa bagi setiap minit ).

5.3.3Bagi ucapan menggulung penjaga masa hendaklah memastikan bahawa kedua-dua pasukan diberi 3 minit sebagai masa persediaan sebelum pasukan-pasukan tersebut membuat penggulungan.

5.3.4Pada minit ketiga masa penggulungan, penjaga masa akan membunyikan loceng amaran dan pada minit keempat loceng akan dibunyikan dua kali menandakan masa untuk pembahas telah tamat.

6.Panduan Izin

6.1Semasa seseorang pembahas sedang berucap pihak lawan dibenarkan memohon membuat izin panduan.Izin Panduan ialah celahan formal yang ditujukan kepada pembahas yang sedang berucap.Izin Penduan boleh dilakukan dalam bentuk; 

·Soalan

·Kenyataan

·Fakta

·Ayat-ayat pendek yang berkaitan dengan isi yang sedang diutarakan oleh pembahas.

6.2Tujuan utama Izin Panduan adalah untuk memberi atau meminta maklumat mengenai isi yang sedang diucapkan.Pihak lawan boleh membetulkan fakta yang dianggap telah terpesong.Izin Panduan juga boleh digunakan untuk meminta penjelasan dan menyoal pihak lawan.

6.3Masa selama 15 minit sahaja diperuntukan bagi setiap Izin Panduan.Izin Panduan haruslah pada dan bernas.

6.4Izin Panduan tidak boleh disalahgunakan untuk sengaja menggangu pihak lawan kerana terdapat etika yang wajib dipatuhi.Markah akan dikurangkan jika melanggar etika ini.

6.5Etika Izin Panduan

6.5.1Pasukan lawan hanya dibenarkan memohon Izin Panduan di antara minit kedua dan minit ketujuh ucapan pembahas.Izin Panduan tidak boleh dilakukan pada minit pertama dan minit terakhir semasa pembahas sedang berucap.Loceng akan dibunyikan untuk menandakan permuloaan dan penutup masa yang ditetapkan untuk Izin Panduan.

6.5.2Tiada terdapat Izin Panduan semasa ucapan penggulungan.

6.5.3Isyarat-isyarat yang hormat seperti mengangkat tangan atau berdiri tegak hendaklah dilakukan semasa memohon Izin Panduan.Perlakuan yang kasar dan biadap seperti menepuk-nepuk meja atau tangan, memetik jari, melambai-lambai, bersiul, menjerit dan apa-apa sahaja yang sengaja dilakukan untuk mengganggu pihak lawan akan menerima pengurangan markah.

6.5.4Kata-kata yang diucapkan semasa Izin Panduan hendaklah halus dan berbudi serta mencerminkan tatasusila, adab dan budaya yang tinggi.Menjerit, marah-marah dan mengejek pihak lawan adalah dilarang.

6.5.5Izin Panduan dipohon dengan seorang pembahas berdiri dan menyebut “Izin Panduan”.Pembahas yang sedang berucap tidak dimestikan menerima setiap Izin Panduan yang ditujukan kepadanya.

Beliau boleh :

·Meminta pihak lawan untuk duduk

·Menghabiskan ayatnya dan menerima Izin Panduan tersebut.

·Menerima Izin Panduan tersebut ketika itu.

6.6Memohon dan Menerima Izin Panduan

6.6.1Sepanjang pembahasan seseorang pembahas DIWAJIBKAN memohon sekurang-kurangnya 2 kali Izin Panduan.Pembahas juga mesti menerima paling kurang 2 kali Izin Penduan yang ditujukan kepadanya.

6.6.2Pembahas yang memohon Izin Panduan kurang daripada 2 kali akan kehilangan sedikit markah dan strategi.

Isi kerana gagal mengambil peluang keemasan

Strategi kerana tidak memenuhi peranan sebagai pembahas

6.6.3Pembahas yang tidak menjawab atau menerima Izin Panduan daripada pihak lawan juga kehilangan sedikit markah dan strategi.

6.6.4Panel Hakim juga boleh menilai sama ada pembahas itu berdebat secara spontan atau pun terikat kepada melihat teks ucapan dalam penglibatannya dalam Izin Panduan.

  1. HAL-HAL LAIN
7.1Juri Rayuan (Pertandingan Peringkat Daerah Batu Pahat)
7.1.1Juri Rayuan adalah terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dari Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.
7.1.2Fungsi Juri Rayuan adalah untuk mempertimbangkan rayuan logik daripada mana-mana pasukan berhubung dengan teknikal pertandingan.
7.1.3Wang Sebanyak RM50.00 dikenakan kepada mana-mana pasukan yang hendak membuat rayuan dan wang tersebut tidak akan dikembalikan.
7.1.4Keputusan JuriRayuan berkaitan dengan teknikal pertandingan adalah muktamad.

7.2Pemilihan pasukan (Pertandingan Peringkat Daerah Batu Pahat)

7.2.1Pemilihan pasukan adalah berdasarkan prestasi terbaik yang ditunjukkan oleh pihak peserta dari peringkat Separuh Akhir lagi.

7.2.2Pasukan Terbaik daerah Batu Pahat ke peringkat negeri dan kebangsaan akan dibimbing oleh beberapa orang Jurulatih dan pengurus pasukan yang akan dibentuk dan dipilih oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

7.2.3Pasukan Terbaik akan mewakili Daerah Batu Pahat sebagai satu pasukan daerah dan bukannya mewakili mana-mana pihak atau sekolah.